+Petua & Amalan Ketika Hamil+

Assalamualaikum,

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

* Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.

* Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

* Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

* Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

* Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu – waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.

AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG & SELEPAS BERSALIN

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.

Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya:

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya‘: 87)

Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, aqiqah dan sebagainya yang telahpun dikeluarkan dalam ruangan Irsyad Hukum terdahulu.

About these ads

6 Responses to “+Petua & Amalan Ketika Hamil+”

  1. puterisatu Says:

    bagusnya entry ko nih…seronok aku baca….

  2. Admin Says:

    Bace la… Kekadang kiter x tahu benda nie.. :D

  3. zz Says:

    pg td pun aku dgr psal nih..

  4. Admin Says:

    Hang dgr kat ne?

  5. puterisatu Says:

    aá zu…hang dengar kat ner?

  6. zz Says:

    den dgr maser pepagi kat tv3 smlm…lepas subuh cam gitu la..sblm kul 6.30…maser tgh siap2 nk pi kojo..kebetulan tjuk itu…amalan semasa hamil ketika trimester 2 dan ketika trimester akhir…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: