111646665436190358

WESTERN FOOD

1- Kg Baru – Ada kedai kat kg baru yg jual western food yg best. Dikenali sebagai kedai kapal kerana ada replika kapal di dalam kedai tersebut. Sesuai utk pergi dgn family kerana konsep kedai tersebut adalah utk family. So tak sesuai couple pi sana. . Harganya sederhana. Chicken chop sepinggan RM 10.

2- Restoran FI – Ni lagi satu kedai western food yg popular di Lembah Klang. Terletak di sebelah IOI Mall dan di sebelah Petronas Seri Kembangan (Ada 2 cawangan). Menu yg paling menarik ialah Ostrich Chop yg berharga RM 16 sepinggan. Huhuhu. Maklumla bukan senang nak cari ostrich beb. Hehehe.

INDONESIAN FOOD

1- Sari Ratu – Terletak di Desa Pandan Kuala Lumpur (Bersebelahan pejabat pos). Restoran ni diimport dr jakarta tau. Mmg enak banget. Ada gado2, kikil (kaki lembu), otak lembu dan ayam pop. Ayam rock takder tau. Hahahaha. Lagi satu menu istimewa kat sana iala Esteller. Esteller ni mcm abc atau cendol tapi ada letak nangka, buah kabong, kelapa. Mmg sedap gler. Huhuhu.

2- Sari Bonda – Terletak di hadapan Restoran Sari Ratu. Aku rasa desa pandan ni lubuk makanan endon kot. Hahahaha. Makanannya sama jer ngan sari ratu. Cumer, dorang bwk semua lauk kat meja kita. Kita pilih je la. Mmg lawak giler coz lauk yg ada kat sana lebih 50 jenis. So setiap pelanggan yg masuk, 5 waiter akan bwk 5 dulang nak bg kita pilih. Hahahaha. Btw, mmg best.

MAKANAN HUTAN

Nak rasa makan rusa, landak, keldai dan makanan2 hutan yg pelik Restoran sri nelayan, seremban adalah jawapannya. Satu2 nya kedai yg dpt kelulusan permit dr jabatan hidupan liar utk provide makanan hutan kat org ramai. Yg best nyer, semua lauk tu dimasak lemak cili api. Mmg terangkat. Apa lagi jodohkan la ngan air kelapa. Fuh!!!! Terliur seyh. Restoran ni terletak bersebelahan SK rahang dan berada di bangunan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan. Tak jauh pun dr kl. Hanya 45 mnt dr KL.

SUASANA RESTORAN YG BEST

1- Suasana kedai makan yg paling best sekali ialah kat Bt 13 hulu langat. Jln nak pi sg congkak. Makan kat pondok tu. Pastu kita leh pilih ikan dr kolam ikan air tawar utk dimasak. Ikan yg paling popular ialah ikan patin. Suasana makan kat sini ialah makan di dalam hutan. Huhuhu.

2- Restoran Rimba Bangi – Restoran ni terlatak di Kg Abu Bakar Baginda, Bangi berdekatan dgn Maktab Perguruan Bangi. Makanan kat sini takla sedap sgt but environment kat sini best. Siap leh makan bersila tuuu. Sesuai tok couple pi dating. Hahaha.

———————————————–

IKAN BAKAR:

1- Restoran muara- Bukak malam jer sepanjang minggu. Restoran ini menyediakan ikan2 yg segar. Terletak di pelabuhan barat di pelabuhan klang. Sambil menikmati ikan bakar yg enak, anda dpt menikmati pemandangan yg indah melihat kapal star cruises berlabuh.

2- Umbai- Umbai sgt popular bagi penggemar ikan bakar. Terletak 25 km dr melaka dan merupakan jeti ke pulau besar. Umbai juga menyediakan pengalaman menikmati ikan bakar yg sgt best dgn kehadiran angin laut selat melaka yg nyaman. Harga ikan bakar di umbai jauh lebih murah dr restoran muara pelabuhan klang tapi bagi aku kelazatan ikan bakar di pelabuhan klang tidak dicari di umbai.

3- Jalan bellamy, Kuala lumpur- tempat ni sgt popular utk makan tgh hari SAHAJA. kalau pergi makan kat sini pada waktu tgh hari, masyaallah. kene jalan kaki 500 meter dr tempat parking ke warung2 tersebut. sgt happening makan kat sini. terletak di belakang istana negara, kedai2 ikan bakar di sini sudah pasti memberikan satu pengalaman makan ikan bakar yg menarik. percayalah!!!!

MEE REBUS:

1- Stulang- Wahhhh!!! Mee rebus kat sini besh giler. Mee rebus makan ngan kaki lembu tuu!!!. Siap ada straw lagi. Dgn harga rm 6.50, mee rebus di sini sudah pasti akan memberikan pengalaman yg suker dilupakan. Restoran ini terletak di tepi laut. 800 meter dr eden garden hotel, jb.

2- Mee rebus ramlee- Ni pun lagi satu kedai mee rebus yg sgt sedap dan ramai giler org. Terletak di Tasek, Ipoh berdekatan Makro Ipoh. Kuah mee rebus ramlee sgt kick sehinggakan anda ingin menghirup sampai licin mangkuk tu. aku selalu wat. hehehee. so apa lagi, pi la try.

LONTONG:

Hanya satu kedai yg aku rasa sedap giler lontong dier. Terletak di pasar jawa klang dan juga cawangannya terletak seksyen 7, shah alam. mmg kick sbb macam2 ada dlm lontong tersebut. ada begedil, sotong, serunding, tempe dan tauhu. aku kalau pi sure makan 2 mangkuk. huhuhu

PASSEMBOR:

Passembor paling sedap terletak di padang kota pulau pinang. masa tsunami, tempat ni kene but now tempat ni dah kembali dibuka. passembor kat sini tak mcm kat tempat lain. mmg sedap giler. but kalau harga satu pinggan makan 3 org biasanya dlm rm 20++. mmg mahal walaupun hanya sekadar warung tepi laut!!!!

LAKSA:

Kedai yg jual laksa mmg banyak giler tapi ada 2 restoran yg wajib utk anda rasa laksa dorang.

1- Laksa Shoppe- Terletak di One Utama. Mmg jual pelbagai jenis laksa sampai ada jenis laksa yg aku tak pernah dgr sebelum ni. Kuah dier sgt pekat dan kuahnya sentiasa panas. harga semangkuk laksa di sini ialah rm 7.50.

2- Laksa kuala perlis- Laksa kat sini anda WAJIB cube kalau berkesempatan ke kuala perlis. serius 2 mangkuk pun tak puas. huhuhu. aku ari tu makan 3 mangkuk. cam mana la aku tak gemuk. . terletak berhadapan dgn jeti kuala perlis ini menjual hanya satu jenis laksa jer iaitu laksa perlis dgn harga rm 3.50 semangkuk.

PAU:

Kalau kita bercakap mengenai pau, sudah semestinya kita terfikir ke tanjung malim. Ya!!!. Tanjung malim sgt popular dgn pau nya. kepada anda yg berkesempatan ke tanjung malim, rasalah pau di Kedai Pau Yik Mun. Kedai pau ni terletak bersebelahan traffic light berdekatan UPSI. Pemilik kedai ni adalah cina hailam dan kedai ni adalah kedai halal. Dont worry k. Pau dier sgt lembut. Mmg sedap giler. Aku sampai borong banyak2 beli pau yg belum masak. pastu tiap2 hari asyik makan pau jer. dan akhirnya perut aku cam pau gak. hahahaha.

——————————–

Nama kedai: Chop & Stick

Lokasi: Jalan Daud, Kampung Baru, KL

Ulasan: Western food, sedap, harga berpatutan &suasana selesa (tapi weekend mmg ramai org sampai takda tempat duduk).

Nama kedai: Hartz Chicken

Lokasi: Sunway Pyramid (atas McDonalds)

Ulasan: Boleh pileh nak ala carte atau buffet.. Buffet die mmg berbaloi, rm15 boleh makan seberape banyak, seperti ayam goreng,nasi,lauk-lauk,soft drink,ice cream dll..mmg “perfect” utk perut yg lapar giler… hehe

Nama kedai:Restoran Tarmizi

Lokasi:Pekan Kuala Nerang, Kedah (depan sekolah rendah)

Ulasan: Tempat ni mmg specific untuk Char Keowteow die… mmg layan habisss…

Nama kedai: Nora’s Kitchen

Lokasi: Bandar Baru Bangi Fasa 3, (Dekat ngan Maybank )

Ulasan: Nasi Goreng Ayam(NGA) sedap..kalo dinner nak makan NGA tu kene la dtg awai..nanti kang habis !!..masakan lain biase jer..

Nama kedai: lupa..die mcm gerai tepi jalan jer..

Lokasi: Simpang Kampung China, kota bharu (jln nak gi PCB)

Ulasan: Nasi lemak ayam berempah paling best aku penah makan… muahahaha…

Nama kedai: Food Court Semua House

Lokasi: Semua House (Lower Level), Jalan Masjid India, KL

Ulasan: Hanya bukak masa lunch… kalau berada kat bandaraya KL &dah bosan lunch kat fastfood, aku cadangkan food court ni… banyak pilihan, nasi campur, goreng2, dll… ..

Nama kedai: Yasmeen (Maplay)

Lokasi: Alor Setar

Ulasan: nasi lemak,nasi beriani die memang layan… PALING best ayam goreng… hehe… .

Nama kedai: Restoran Fatimah

Lokasi:Pekan Haadyai, Thailand.

Ulasan: Tomyam paling best penah aku makan… .huhu…

Nama kedai: Pha Pha Seafood

Lokasi: Jalan Greenwood, Gombak, Selangor

Ulasan: Masakan Thai die mmg layan… lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama family..hehe…

Nama kedai: Thai Seafood Corner

Lokasi:Damansara Uptown, Damansara Utama (dekat org jual2 tgh2 malam tu..)

Ulasan: Satu lagi tempat makanan Thai yg best… tapi die bukak dari midnight ke dinihari sahaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: