Archive for August, 2005

112476999787598472

August 23, 2005
السّلام عليكم و رحمة الله

23rd AUg 05, Tue

Posted 1,

Image hosted by Photobucket.com

Posted 2,

Arggghhhh…. Hari nie aku last date kat TM!! Adeyy… cepat tul mase berlalu. Esok aku dah x masuk blog nie. After that aku x sure kat KKKW tue ade komputer sendirik n ade internet ke x. Adeeyy… Mintak² ade la…. Leh la aku lawati blog aku nie. Kalu x, mang aku x masuk la.. kat umah dah la xde internet. Hampeh tul… Herm, whatever aku xde kerja ghinie. Mang aku habiskan mase aku kat TM nie dgn bat personal job… What can I do. Jap gi dlm kul 3 aku ade discussion ngan bos aku. Maybe pasal keje la. Bos baru la katakan. Dier pun x tau sgt bab² filing semua. MAklum la, aku ngn bos lama dulu. Whatever, sebelum aku mengundurkan diri aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada yg banyak membantu aku selama nie. ANtaranya:-

  • EN.AZAHAR – beliau banyak beri tunjuk ajar pada aku and give me more experience. Aku appreciated. Dan beliau gak yang usaha utk sambungkan kontrak aku kat TM nie dan berkongsi masalah dengan aku. Thanks BOS!
  • PN. ZAHARAH – Thanks coz take care of me…
  • EN.FAIZAL & PN.ARLINA – thanks coz 2b my bos.
  • Kengkawan yg rapat ngan aku mase kat TM – Kak Nurul, Hazera, Ita, Abg Izad, Abg Faizul, Kak Ros, Kak Lidza, Kak Nick eTc… Kenangan bersama x mungkin aku dpt lupakan. Hari² terakhir aku kat TM nie, makin seronok lak aku ghasa. Derang pun happening jerk aku ghasa.. Sporting… and banyak bagik sokongan tatkala aku ngah susah hati pikir sal kontrak. Thanks, I cherish all the good time I had wiz u…
  • Mak cik² dan Kakak cleaner – yg membantu aku membersih meja atau tempat aku… ekekkek….

So, kalu ade berita ape². Sesape nak kawen ker, bgtau la kat aku dan hubungilah aku dialamat email shiemahalim@gmail.com ataupun shiema_halim@yahoo.com . Insyallah aku akan hubungi dengan segera. Aku doakan ‘Gud Luck’. Adeyy.. sedey lak aku ghasa…. cam nak menitik lak ayaq mata aku nie…. Takpe, sabarlah yek….

——————————————-

الهمد لله

Advertisements

112470235363907988

August 22, 2005
السّلام عليكم و رحمة الله

22nd Aug, 05, Mon

Posted 1,

Alhamdulillah, hari nie hari isnin. Aku masih seperti biasa menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja TM yang setia. Aku datang opis awal. Dan mengharapkan aku melepaskan segala keringat aku kat sini selagi aku masih ade kat sini. Tapi nampaknya, aku xde keje. Dan aku masih setia dengan blog aku nie. Esok, hari terakhir aku kat sini walaupun sebenarnya hari terakhir aku pada 1hb Sept 2005 (Khamis). Apakan daya aku, aku terpaksa bertugas di KKKW pada hari Rabu nie. Tapi utk mengaburi mata org² TM, aku habiskan cuti aku sebanyak 3 hari dan balance kerja aku masih ade 3 hari lagik. Whatever, aku pejam jer la mata aku nie. Tadi aku dapat surat kelulusan perletakkan jawatan aku. AND hope salary aku derang x hold la. Tapi yang aku tahu salary aku kena hold sehingga bulan depan. Adeyy… letey tul. Tapi ntah la, mintak² tue tak la… Aku nak pkai duit nie. Nak gi kerja pkai duit. Transportation aku lagik. . Hopefully, aku dpt la gaji 25hb nie…. Amin

Posted 2,

Tadi aku kol mama aku. AKu discuss bout Majlis aku. Pening gak nak kawen nie. Banyak gak nak pkai duit. Tapi aku x kesah la bab tue. Kalu cukup duit tue boley la kawen. Tapi aku dok pening nie cam ner aku nak gi kerja nie. Fiance aku suh g kerja naik motor. Katanya jimat sket duit. Tapi mama aku, dier x kasik aku naik motor. Katanya bahaya. Biarlah bayar tambang 90 hengget tue utk LRT/STAR. Janji selamat sket. DIer ghisau perjalanan aku kat KL tue. Maklum la, pemandu² kat KL nie semuanya lasak. Terlanggar sket, teruk gak dibuatnya. Ntah la, mana aku nak pilih. Nak harap fiance pun, susah… jalan dier ngan aku x sama. 2 hala. Memula, aku beranikan diri juga nak naik motor gi kerja nie. Tapi bila mama cakap cam tu. AKu mula ghasa takut dan ghisau balik. Tambahan lagik aku nie bakal menjadieq ‘pengantin baru 2006’. Thehhe.. Banyak lak orang yang caring aku skarang nie.. ntah la. Aku nak bincang balik cam ne…

Posted 3,

Aku ingat nak bat part time job la utk tampung kehidupan aku kat KL nie. Aku ingat Rabu nie sesambil gi Bat surat akuan sumpah kat bangunan KWSP tue, aku nak servay kerja. X kesah la keje ape pun, KFC ker mCD ker.. Janji leh tampung sket sebelum nak kawen nie. so, sesape ade keje kosong tue bagitau la aku. Tapi bukan MLM yek.. aku malas kalu keje tue.. Orait! Skarang aku dah ready nak balik nie… Dah kol 515. Aku nak cau… aku dah letey… Nak Titon!!

—————————————————–

الهمد لله

112468132274040850

August 22, 2005
MaWi WOrLd!!

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

112468045437325321

August 21, 2005
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)

MATRADE adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa &Industri (MITI)yang berperanan menjadikan Malaysia sebagai Negara pengeksport utama di samping membangun dan mempromosikan eksport Malaysia ke seluruh dunia.

Warganegara Malaysia yang bermotivasi tinggi,dinamik dan bersedia untuk menghadapi cabaran adalah dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

A.JAWATAN

1.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI,GRED E27

GAJI P1T1 RM963.64 -P1T26 RM2,421.69

Syarat-syarat :-

a.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;ATAU

b.Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 :P1T5);ATAU

c.Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 :P1T6);DAN

d.Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab membantu menguruskan aktiviti-aktiviti promosi perdagangan yang telah ditetapkan mengikut fungsi MATRADE serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan di MATRADE.

2.PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN),GRED N17

GAJI P1T1 RM656.30 -P1T24 RM1,721.10

Syarat-syarat :-

a.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m.daripada
rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 20 p.s.m.dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 :P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer);ATAU

b.Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 :P1T9);DAN

c.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab sebagai pembantu peribadi kepada Pengarah Bahagian dengan membantu urusan rasmi harian seperti penyediaan laporan,temujanji,panggilan telefon dan lain-lain yang berkaitan.

3.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN,GRED N17

GAJI P1T1 RM656.30 -P1T24 RM1,721.10

Syarat-syarat :-

a.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;DAN

b.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab dalam mengendalikan panggilan telefon dengan cekap dan berkesan serta memberi penerangan berhubung fungsi MATRADE kepada pelanggan/tetamu yang berurusan dengan MATRADE secara komprehensif dan berkesan.

4.PEMBANTU AM RENDAH,GRED N1

GAJI P1T1 RM480.85 -P1T22 RM1,116.10

Syarat-syarat :-

a.Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;DAN

b.Boleh bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 :P1T2).

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab dalam membuat urusan-urusan pejabat seperti penghantaran surat menyurat/dokumen-dokumen,membuat fotokopi,menguruskan bilik-bilik mesyuarat dan lain-lain yang berkenaan.

B.SYARAT-SYARAT LAIN

1.Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik serta kepujian dalam subjek tersebut.

2.Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komputer.

C.TARAF JAWATAN :Tetap

D.TEMPOH PERCUBAAN

Semua calon-calon yang dilantik sama ada secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

E.UMUR :

1.Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

F.KEMUDAHAN DAN ELAUN :

1.Calon yang dilantik adalah layak menerima berbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

a.Elaun Tetap :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan

Gred E27 :RM115.00 Gred E27 -N1 :RM180.00

Gred N17 :RM80.00

Gred N1 :RM65.00

b.Cuti Rehat Tahunan :-

Gred E27 :25 hari

Gred N17-N1 :20 hari

c.Rawatan Perubatan :

Rawatan perubatan di Hospital Kerajaan dan juga panel-panel klinik yang dilantik oleh
MATRADE untuk pegawai,isteri/suami,anak-anak dan ibubapa pegawai.

d.Pinjaman :

• Perumahan

• Kenderaan

• Komputer

(*Semua kemudahan dan elaun tertakluk kepada peraturan-peraturan
Kerajaan/MATRADE yang berkuatkuasa dari masa ke semasa)

G.CARA MEMOHON

1.Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan MATRADE yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat MATRADE sebagaimana alamat di para H
atau boleh dimuat turun dari laman web MATRADE di www.matrade.gov.my

2.Semua permohonan hendaklah menyertakan salinan Resume/Diploma/Sijil-Sijil/Surat Beranak yang telah disahkan.

3.Semua permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

4.Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2004 atau yang terkini.

H.ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Tingkat 7,Wisma Sime Darby

Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur

(U.P :Unit Perjawatan)

Tarikh tutup permohonan :26 Ogos 2005

I.CATATAN AM

1.Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya.

2.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan/atau temuduga.

3.Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan

112444143051717231

August 19, 2005
JAWATAN KOSONG LAGIK

Sebuah syarikat bumiputera di Medan Putra Bandar Manjalara, Kepong
mempunyai kekosongan jawatan – Office Administrator / Clerk .
Kelulusan minima SPM / Diploma dan boleh mengunakan komputer.

Sesiapa yang berminat atau mempunyai kenalan yang masih tidak
berkerja, sila emailkan resume anda kepada intanku_sakura@yahoo.com.
Untuk keterangan lanjut sila telefon intan 019-3001958.

———————————————-

POSITION DESCRIPTION

Position Title: Customer Service Representative

Salary range – RM1500 – RM1700

Performance Incentive – RM150 per month according to KPI (paid out on a quarterly basis after confirmation – a max of RM450)

Shift Allowance – RM15 per day or RM300 per month max

Medical Leave – 14days

Medical Claims – RM25 per month

Annual Leave – 12 days

Hospitalization – 60 days

Public Holiday – staff work on public holiday, they are given replacement leave. They are not paid public holiday rate

Job Purpose

1. To provide support and guidance to customers through inbound and outbound communication channels

2. Clearly document all transactions with these customers in the relevant software systems

3. To maintain a high level of program and product knowledge in order to provide the best customer service solution

4. To remain transparent to our client’s customers and project that the customer is speaking with a representative of our client

Role Responsibilities

1. Operational performance levels as it pertains to the area

2. Call management in a professional and appropriate manner

3. Productivity as identified in “Other Information” and by Operations Manager

4. Schedule adherence

5. Classify or complete follow-ups on all calls

6. Product / Program knowledge

7. Actively maintain and continuously improve knowledge of all relevant programs

8. Attend all product training as required

9. Minimal escalations and minimal customer complaints

From: a) Callers

cool.gif Co-workers

c) Client

Challenges

1. Coping with a changing environment

2. Repetitive job function

3. Program changing with minimal notice

4. Working within parameters set by clients in handling customer cases

Skills Essential

1. Excellent English communication / interpersonal skills

2. Self motivated & team player

3. Proactive, problem resolution skills

4. Servicing attitude

5. Outstanding telephone techniques and customer service skills

6. Excellent interpersonal skills

7. Ability to work without supervision when required

8. Ability to work varied shift types including weekend and late shifts

9. Effective ability to manage and take ownership over the customers within calls

10. Ability to overcome objections and manage confrontation from customers

11. Show initiative, enthusiasm, efficiency, professionalism in all areas of work

· Minimum typing speed of 30 wpm with 95% accuracy

· Responsible, careful/tactful in work

· Accountability

Desirable

· Flexibility with rostering and work process

· Well balanced sense of humour

2. Experience / Education

Essential

1. Airline / Travel or Customer Service Experience – 12 months

2. Minimum SPM education background

3. English minimum Credit

4. Maths minimum Credit

· Previous experience in a shift work environment

· Computer literate with experience using Microsoft Office products and multiple software applications

Desirable
1. Ability to use internal email systems (Microsoft Outlook)

2. Telephone-based customer service experience

3. Exposure to sales environment

Competencies
1. Communication – Demonstrates confidence and maintains professionalism in both verbal and written communication with all levels within and external to the organisation

2. Servicing Attitude – Is committed to meeting customer needs and provides effective and timely support and solutions in a positive manner

3. Flexibility and Adaptability – Committed to meeting the needs of the wider organisation, through accepting that organisational change is positive and ongoing

4. Ownership – Excited about resolving customer enquiries through taking ownership and seeing through to resolution

for more information…call…

Stephanie Tan

Marketing Executive

Job Hunt Sdn Bhd

(Bridging Career Opportunities)

Tel: 03 5512 2882

Fax: 03 5511 2882

————————————————

Kengkawan yang masih belum berkerja, aku hanya nak menolong jerk…

112444018091533640

August 19, 2005
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI TM RESEARCH & DEVELOPMENT SDN BHD

COMMERCIALISATION UNIT

1) Business Analyst Executive

QUALITY UNIT

2) Quality Executive (Document Control Administrator)

3) Quality Executive (Lead Auditor)

PROTOTYPING UNIT

4) Mechanical Design Engineer

5) Software Engineer

6) Industrial Design Engineer

MARKETING & BUSINESS DEVELOPMENT DIVISION

7) Business Development Executive

8) Corporate Affairs Executive

9) Secretary to General Manager

HUMAN RESOURCE & ADMINISTRATION

10) Librarian

IT UNIT

11) Server Administration Executive

12) Network Administrator Executive

13) System Developer Executive

14) Technical (Non-Executive)

FINANCE UNIT

15) Account Clerk (Non-Executive)

Bagi anggota TM yang berjaya dilantik, perlantikan adalah secara pinjaman (secondment) selama 2 tahun sebelum dinilai untuk diserap ke jawatan tetap. Manakala bagi anggota dari Anak Syarikat TM (TM Subsidiaries), calon yang berjaya perlu meletakkan jawatan sekarang dan akan dilantik sebagai anggota kontrak selama 1 tahun sebagai tempoh percubaan sebelum diserap ke jawatan tetap.

Maklumat lanjut mengenai jawatan adalah seperti fail yang dilampirkan.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Pengurus

Unit Sumber Manusia & Pentadbiran

Telekom Research & Development Sdn Bhd

Idea Tower II, UPM-MTDC

Technology Incubation Centre One

Lebuh Silikon, 43400 Serdang

Selangor Darul Ehsan

(up: En. Md. Hasim Sani)

Kalu korang nak try boley la try k. Mana tahu rezki korang kat TM nie. Bagik non-exec tue apply utk diploma la. Then yg Lain tue degree… try ya’ best!!

———————————————————-

112435567909363464

August 18, 2005
السّلام عليكم و رحمة الله

18th Aug, 05, Thu

Posted 1,

Semalam lepas aku balik dr makan ngn ‘SAYANG AKU WORLD’, aku lepak kat umah. Kat Tv ade pelancaran Hari Kemerdekaan. Niat aku nak tgk si ‘Mawi World’ kat TV. Lastly, ‘MAwi World’ tengok aku.. muahahhahaaa…. RUGI wooo….. berduet ngn CT lagik tue.. Jeles tul aku…’SAYANG AKU WORLD’ aku ade kol aku kul 1 pagi, ingat ker kenape. Ghupanya dier bgtau yg dier tgk ‘Mawi World’ berduet ngn CT. Amboih..dier pun dah pandai dah tgk ‘Mawi World’ skarang. Sampai aku nie dier panggil ‘SAYANG SAYA WORLD’. Ekekeke…. jgn lepas kawen nanti ‘SAYANG SAYA Weekkk’ dah la… ekekkeke…..

Posted 2,

Tinggal beberapa hari lagik aku bakal meninggalkan TM nie. x sampai seminggu aku dah nak blah. Terasa gak hati aku bila dok kat TM nie. Yela x sampai seminggu kan. Ghasa lain macam jerk. Nak gi keje pun x semangat. Kekadang tue, kul 9 baru aku dtg keje. Ok ker cam tu? Thehehe… Ekekekke…. W’ever, alhamdulillah semalam aku gi ngan ‘SAYANG AKU WORLD’ ker Putrajaya utk ambek surat lapor diri. Aku ditawarkan ke Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan kat ngan Maju Junction tue. Lega ghasanya bila dpt area KL sbab dekat ngan ‘SAYANG AKU WORLD’. ekekekkee…. Pasni, aku asyid lepak KL jer la. Adeyy.. boring gak nie. Nak kena naik LRT la plak pasnie. Keje kat TM aku jln kaki jerk 5 minit. fuhhh…. Tapi xpe, aku dah x ghisau sal keje lagik pas nie… Alhamdillah… Semalam aku bagik notis kat unit operation. Dlm surat tue terpaksa aku bat back date. Sebab aku dpt surat lapor diri pun dah lambat. What can I do?? Mcmana skali pun. Aku kena decide la sbb aku lapor diri kat KKKW 25hb nie. But dlm surat tue hingga 31 Aug. Ahh… lantak la… Aku mls nak pikir. Yang penting 25hb nie. AKu terpaksa say Gud bye to TM. Di saat ini slagi ade mase aku nak curahkan keringat aku yg masih ade nie pada bos² yg masih perlukan khidmat aku nie. Seminggu nie aku agak bz ngan filing aku la.. Maklum la, unit aku nie dah banyak bos skarang. So, ade yang handover n ade yg take over. Opis aku nie pun dah sesak aku tengok bila masuknya staff² baru kat sini.. Partition pun dah banyak.. Akunyer tempat pun dah jauh dr bos aku. Baru tadi dier cakap ngan aku “lama x nampak you”. Mana nak nampaknya kalu aku nie bagaikan x wujud jerk dlm hidup dier.. ekekkeke…. hahhaa.. malas aku nak pikir. Biarlah… itulah manusia nie kalu keje terus ke atas, dier x kan ghasa bagaimana keje di bawah.. Wallahualam…

——————————————————

112432969318130981

August 16, 2005
السّلام عليكم و رحمة الله

17th Aug, 05, Thu

~~FADHILAT BULAN REJAB~~

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya(sepanjang umurnya).”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga) seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda,

“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

  • Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda;

“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

  • Rasullullah s.a.w. bersabda,

“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

__________________________________________________________________________

Pendapat:

Mesejnya, kita ni hari-hari buat dosa, samada sengaja atau tidak. Yang pentingnya kita bertaubat. Dan bulan Rejab inilah bulan yang sesuai untuk kita berbuat demikian. Tak usah tunggu sampai bulan Ramadhan, kita buat sekarang. Silap hari bulan besok Izrail datang mengunjung! Nauzubillah….

112407872995101226

August 15, 2005
MaWi WorLd!!

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

Lirik Aduh Saliha – Mawi (Lirik Versi Konsert Akhir AF3)

Mana rayuan ku

Hendak ku sampaikan

Rindu berahiku

Pada kasih yang jauh…

Jauh bukan jarak dan tempat

Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu

Hendak ku dakapkan

Dendam asmaraku

Pada cinta yang luruh

Luruh bukan daun dan hujan

Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya

Tak mungkin padam cahaya

Cintamu… bagai rembulan

Hilang di pandangan

Kala langit di lindung awan…

Aduh

Mahkota terhempas

Barulah ku sedar

Yang ku sangkakan intan

Oh… hanyalah kaca

Sesudah berdarah

Barulah ku sedar

Jiwaku tercalar

Oh… Sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri menderita seksa

Racun hidupku Saliha

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi

Dalam hidupku Saliha

Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib…

Dalam gelita Saliha

Sesudah berdarah

Barulah ku sedar

Jiwaku tercalar

Oh… Sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri menderita seksa

Racun hidupku Saliha

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi

Dalam hidupku Saliha

Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib…

Dalam gelita Saliha….

Hencemnyer Mawi nie… Aku SUker NEnGok Mata MAWI. MAWi!!!!!! muahhaha….

112407258734422933

August 15, 2005

السّلام عليكم و رحمة الله

15 Aug 05, Mon

Image hosted by Photobucket.com

LAI Mang Lim dengan kerambit masih terbenam di belakang badannya ketika dibawa ke hospital
selepas ditikam peragut di Hentian Sebelah Tangkak, Muar, kelmarin.

MUAR 14 Ogos – Lai Mang Lim, 34, yang ditikam dengan sebilah pisau kerambit ketika cuba membantu seorang wanita mangsa ragut semalam, kini berada dalam keadaan stabil setelah pembedahan dijalankan ke atasnya.

Dalam kejadian di Hentian Sebelah Tangkak, Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira pukul 1 pagi semalam, mangsa ditikam oleh dua peragut lelaki.

Kejadian itu menyebabkan kerambit berkenaan terbenam di belakang badan Mang Lim.

Mang Lim yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, terpaksa menjalani pembedahan membuang serpihan pisau tersebut.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, mangsa menyuarakan rasa kesal kerana tiada langkah keselamatan diambil termasuk memastikan hentian itu selamat dikunjungi pengguna.

“Kejadian seperti ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, saudara saya (mangsa) yang cuba membantu seorang wanita daripada diragut terpaksa menanggung kecederaan parah akibat ditikam penjenayah di hentian lebuh raya.

“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak bertanggungjawab perlu memastikan kawasan tersebut sentiasa selamat seperti mempunyai pengawal keselamatan,” kata ahli keluarga mangsa ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Senai ke rumahnya di Bukit Gambir dekat sini, parah selepas ditikam dengan sebilah pisau kerambit oleh dua lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita dalam tandas di Hentian Sebelah Tangkak, Kilometer 161, Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sebelum kejadian, mangsa memandu seorang diri.

Menurutnya, mangsa singgah di hentian tersebut untuk membuang air dan terdengar jeritan seorang wanita dari tandas wanita bersebelahan.

Dalam keadaan gelap, mangsa tidak nampak identiti penyerang wanita itu tetapi dia sempat bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum salah seorang daripada mereka menikamnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Daud Ahmad berkata, polis menasihatkan orang ramai terutama pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika berhenti di hentian sebelah.

Katanya, pengguna dinasihatkan supaya tidak berhenti di tempat sunyi dan gelap tetapi sebaliknya mencari hentian yang terang dan ramai orang.

Menurut beliau, ini merupakan kejadian pertama berlaku membabitkan kes ragut di hentian sebelah tersebut dan pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengesan penjenayah terbabit.

………………………………………………………………………

Herm…ape kes nie! Mcm² ada. Nak tolong orang pun susah. Ade jerk..sian lak aku tengok cam nie. Camne nak banteras gejala kurang sihat kat Malaysia nie. Bagik kaum hawa, hati² dengan handbag anda. Hanya itu sajer caranya. Jangan lenggang lenggok berjalan. Sampai orang dok memerhati tingkah laku anda di jalanan. Segala document penting tue, simpan jer dlm poket. Handbag tue jadieq perhiasan. Kalu nak diragut pun, hanya handbag jer yg diambil. Herm, ntah la. Aku pun naik seram jadieq.. mintak dijauhkan la……