112407258734422933

السّلام عليكم و رحمة الله

15 Aug 05, Mon

Image hosted by Photobucket.com

LAI Mang Lim dengan kerambit masih terbenam di belakang badannya ketika dibawa ke hospital
selepas ditikam peragut di Hentian Sebelah Tangkak, Muar, kelmarin.

MUAR 14 Ogos – Lai Mang Lim, 34, yang ditikam dengan sebilah pisau kerambit ketika cuba membantu seorang wanita mangsa ragut semalam, kini berada dalam keadaan stabil setelah pembedahan dijalankan ke atasnya.

Dalam kejadian di Hentian Sebelah Tangkak, Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira pukul 1 pagi semalam, mangsa ditikam oleh dua peragut lelaki.

Kejadian itu menyebabkan kerambit berkenaan terbenam di belakang badan Mang Lim.

Mang Lim yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, terpaksa menjalani pembedahan membuang serpihan pisau tersebut.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, mangsa menyuarakan rasa kesal kerana tiada langkah keselamatan diambil termasuk memastikan hentian itu selamat dikunjungi pengguna.

“Kejadian seperti ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, saudara saya (mangsa) yang cuba membantu seorang wanita daripada diragut terpaksa menanggung kecederaan parah akibat ditikam penjenayah di hentian lebuh raya.

“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak bertanggungjawab perlu memastikan kawasan tersebut sentiasa selamat seperti mempunyai pengawal keselamatan,” kata ahli keluarga mangsa ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan dari Senai ke rumahnya di Bukit Gambir dekat sini, parah selepas ditikam dengan sebilah pisau kerambit oleh dua lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita dalam tandas di Hentian Sebelah Tangkak, Kilometer 161, Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sebelum kejadian, mangsa memandu seorang diri.

Menurutnya, mangsa singgah di hentian tersebut untuk membuang air dan terdengar jeritan seorang wanita dari tandas wanita bersebelahan.

Dalam keadaan gelap, mangsa tidak nampak identiti penyerang wanita itu tetapi dia sempat bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum salah seorang daripada mereka menikamnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Daud Ahmad berkata, polis menasihatkan orang ramai terutama pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika berhenti di hentian sebelah.

Katanya, pengguna dinasihatkan supaya tidak berhenti di tempat sunyi dan gelap tetapi sebaliknya mencari hentian yang terang dan ramai orang.

Menurut beliau, ini merupakan kejadian pertama berlaku membabitkan kes ragut di hentian sebelah tersebut dan pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengesan penjenayah terbabit.

………………………………………………………………………

Herm…ape kes nie! Mcm² ada. Nak tolong orang pun susah. Ade jerk..sian lak aku tengok cam nie. Camne nak banteras gejala kurang sihat kat Malaysia nie. Bagik kaum hawa, hati² dengan handbag anda. Hanya itu sajer caranya. Jangan lenggang lenggok berjalan. Sampai orang dok memerhati tingkah laku anda di jalanan. Segala document penting tue, simpan jer dlm poket. Handbag tue jadieq perhiasan. Kalu nak diragut pun, hanya handbag jer yg diambil. Herm, ntah la. Aku pun naik seram jadieq.. mintak dijauhkan la……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: