Archive for September, 2005

112807909116091047

September 30, 2005
بسم آلله آلر حمن آلر حيم
السّلام عليكم و رحمة الله
30th September 2005

Posted 1,br>
Alhamdulillah dapat gak aku update blog aku nie setelah hampir nak masuk 2 bulan aku bekerja kat KeKKWa nie. Rindu betul aku nak update blog aku nie. Mana xnyer, dah sebulan lebey gak aku kat KeKKWa nie belum ade penempatan. Tension tul. Datang opis pun xde semangat. Dok kat opis cam orang bodo jerk. Ngan ngantuknya, ngan xde keje.. Pas2 cam nak jadieq orang giler pun ade gak ghasanya… muahhahaha…. Yela, bila xde keje.. Cuba korang pikir. Bila korang dok jer kat opis ngan xde komputer pas2 dok lak dalam bilik aircond yang sejuk sampai ke tulang putih. Pergh…. bosan…. Dah la xde komputer. Tapi aku sabarkan dulu sbb aku keje ngan gomen. Maybe nie dugaan hidupp….:p

Posted 2,br>
Alhamdulillah… Malam Nie aku nak balik kampung. Nie pun aku dtg opis fiance aku. Disebabkan dier ambek aku kat opis tadi, so aku terpaksa la ikut. Sesambil order Mc D.. nyum..nyum… Aku balik kampung sampai hari isnin nie 3hb Oktober 2005. So, bila aku start keje hari selasa nie aku dah ade meja aku sendiri. MUahhahaha… best!! Aku dah ade komputer. Aku ade keje sendirik. Alhamdulillah… lega ghasanya….

Posted 3,br>
Okla, aku nak stop dulu sbb aku nak mkn mc D. Jap gi nak balik n kemas baju dan bas akan bertolak pada pukul 10.30 malam. Semoga aku selamat disepanjang jalan ke kampung… Perlis!! Hang tunggu aku balik!! Aku rindu padaMUUUu!!!!
Advertisements

112563579562203134

September 23, 2005
23rd Sept 05,FRI

MEMERLUKAN RAKAN SEBILIK

TEMPAT : APARTMENT, TAMAN MELATI

BAYARAN : a) SEWA 200 (sebilik ngn aku )
b) SEWA 300 (master bedroom)

KELAYAKAN : WANITA MUSLIM, BERKERJA/BELAJAR

KEMUDAHAN : LRT,BAS,TEKSI

KELENGKAPAN RUMAH : TV, RADIO, ASTRO, PETI AIS DLL

KEMASUKKAN : URGENT!! OKT 2005

Sila hubungi aku, di tel no: 012-214 9344

112744348852995110

September 23, 2005
>

Dalam dunia ini,Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..

Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorangsahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita padawaktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita jugaada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasabimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat kepada kita?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasabimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan danDia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabahyang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.