Archive for August, 2006

August 15, 2006

Msjbox Bowling Persahabatan akan berkonsepkan semangat kesukanan. Pertama kali konsep ini diadakan. Sokongan dan penyertaan dari rakan – rakan Msjbox amat diharapkan.

Hari: Sabtu
Tarikh: 09 September 2006
Masa: 2PM
Lokasi: GREENBOWL 3rd Floor Pertama Complex
Bayaran: RM 20/2@3 Games (tertakluk jumlah games)

Nota: Sila bawak stokin yer 😉

Sila lawati Msjbox

Advertisements

August 15, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Remp-It perakam keegoan dan kehidupan anak muda

Filem: Remp-It
Arahan: Ahmad Idham
Lakon layar: Ahmad Idham & Farid Kamil
Antara pelakon: Farid Kamil, Julia Hana, Zul Huzaimy dan Cat Farish

Remp-It ialah filem anak muda. Filem ini penuh dengan aksi. Motosikal menjadi bintang utama filem ini. Filem ini bukanlah sebuah melodrama airmata, peristiwa berlalu tanpa sesalan. Malah dialog dalam filem ini penuh dengan slanga ‘kutu’ anak muda kota.

Memang filem ini bukan dalam bentuk struktur drama yang lazim. Yang dipaparkan hanyalah peristiwa dan sebahagian besarnya adalah lumba motosikal haram yang berlaku di atas dada-dada jalan di Kuala Lumpur. Malah judul Remp-It itu sendiri diambil daripada istilah untuk penunggang motosikal (‘kapcai’) yang berbunyi kuat dan telah diubah kelajuannya.

Filem ini adalah tentang anak muda Melayu yang gemar berlumba secara haram di Kuala Lumpur. Saya pernah mengatakan bahawa fenomena anak muda yang berlumba motosikal haram di atas jalan raya kota di waktu malam hanya berlaku di bandar-bandar di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Fenomena aneh ini tidak berlaku di Singapura, tidak terjadi di Bangkok, Manila atau Jakarta. Lebih aneh ia hanya berlaku di kalangan anak muda Melayu dan sangat jarang membabitkan pemuda Cina atau India. Dalam perlumbaan haram ini hadiahnya adalah daripada pertaruhan iaitu dalam bentuk wang dan juga anak gadis yang dikenali sebagai gadis ‘bohsia’ atau ‘Minah Rempit’ (iaitu gadis yang gemar membonceng si pelumba haram dan kadang-kadang turut menunggang motosikal). Gejala anak-anak muda yang berlumba motor haram ini juga dikaitkan dengan penggunaan dadah, minuman keras dan juga seks bebas (mangsanya ialah si minah Rempit atau bohsia. Justeru, fenomena ini sebenarnya perlukan kajian psikologi dan sosial.

Walaupun filem Remp-It cuba membongkar kehidupan ‘Mat-Mat Rempit’ ini, tetapi ia tidak pula berminat untuk membuat analisis psikologi yang mendalam terhadap watak-wataknya. Oleh itu filem ini hanya mempunyai jalur cerita yang nipis dan mudah. Walaupun sudah separuh berjalan filem ini hanya memaparkan Madi (Farid Kamil) iaitu seorang pengantar surat (yang sering diistilahkan juga sebagai ‘Mat Despatch’) tetapi pada waktu malam dia gemar berlumba haram. Dia dibantu oleh Macha (Cat Farish), seorang mekanik motor yang berupaya mengubah enjin motosikal Madi supaya lebih berkuasa dan laju dan juga sering terlibat dalam menganjurkan perlumbaan haram. Teman wanita Madi ialah Leka (Julia Hana), seorang gadis bohsia yang kemudian berpindah kepada Rizzo (Aqasha). Kemunculan Spark (Zul Huzaimy), seorang lagi jaguh lumba motor haram, mencabar kehandalan Madi di atas jalan raya. Maka berlaku pertembungan dan persaingan antara kumpulan Madi dan kumpulan Spark – persaingan dalam perebutan kejaguhan motosikal dan perebutan wanita yang mana akhirnya menuntut korbannya sendiri.

Sebuah filem yang awal menggambarkan anak muda dan obsesi terhadap motosikal ialah The Wild One (1953), filem lakonan Marlon Brando arahan Laslo Benedek. Filem ini juga berkisar berkisar tentang persaingan dua kumpulan motosikal anak muda. Subjek filem ini sebenarnya adalah gambaran keganasan sosial di New York. Filem ini menunjukkan keganasan kumpulan motosikal yang bertentangan hingga pernah diharamkan tayangannya oleh Badan Penapis Filem Britain. Bagi Remp-It, filem ini memang sekali imbas dikatakan akan memalukan orang Melayu.

Keegoan

Tetapi inilah realitinya kehidupan anak muda ‘Mat Rempit’ dan ‘Minah Bohsia’ serta ‘Minah Rempit’. Madi, Macha, Spark, Leka dan Rizzo ialah anak-anak muda Melayu yang semuanya terlibat dalam perlumbaan haram, gengsterism, dadah, minuman keras dan seks bebas. Mereka adalah gambaran anak-anak muda yang tidak punya matlamat dan hala tuju dalam hidup. Mereka menunjukkan keegoan dan kehandalan mereka pada motosikal di jalan-jalan raya. Anehnya mereka bukanlah penentang atau rebels kerana Madi, Leka dan Macha ditunjukkan masih menghormati orang tua dan ibu bapa mereka. Barangkali, mereka puas dengan sorakan dan kemudian habuan wang pertaruhan dan seks sebagai jalan melepaskan tekanan hidup. Segala-galanya berjalan dengan pantas.

Bagi yang mencari sebuah kisah dalam struktur plot yang penuh elemen melodrama, maka ini bukan filemnya. Filem ini hanya gemarkan imej dan visual serta kesan bunyi, plot cerita sekadar menyokong. Pendekatan ini biasa dilakukan oleh pengarah generasi baru Hollywood yang menghasilkan filem seperti The Rock, Con Air, Pearl Harbour, Seven dan The Armageddon. Dalam Remp-It yang dipaparkan hanyalah cebisan peristiwa dan kehidupan anak muda yang tidak punya matlamat, dan sebab itulah kita bagai menonton sebuah paparan perlumbaan dan berakhir dengan kematian sebagai hukuman. Menonton filem ini kita sebenarnya bagai berada di tepi jalan-jalan dada kota Kuala Lumpur untuk turut menyaksikan perlumbaan tersebut.

Bagaimanapun, pada saya filem ini mempunyai kepentingannya sendiri. Filem ini merakamkan satu bentuk budaya kehidupan anak muda Melayu di Kuala Lumpur. Mereka anak muda yang sebenarnya menghadapi tekanan hidup akibat persaingan sosioekonomi yang keras di kota, lalu mengambil jalan mudah melepaskan tekanan tersebut di dada jalan. Kehidupan yang dipaparkan ini saya percaya akan berlalu ditelan zaman apabila pendidikan dan sosiobudaya kita semakin meningkat dan seimbang. Ketika itu filem ini telah menjadi perakam sosial yang menarik untuk dianalisis kemudiannya.

Kesimpulan yang aku dapat buat setelah menonton filem Rem-It nie bersama hubby tersayang (hari Sabtu 120807 jam 9.00 malam) mang best citer nie. Even agak hot n sexy, tapi itulah realiti kehidupan ‘mat rempit’ & ‘minah rempit’. Aku jugak x terlepas mempunyai kekawan dr golongan ini. Hakikatnya, gejala yang tidak sihat nie memang berleluasa di kawasan bandar² besar yang mana berlaku gejala lumba haram dikalangan anak muda zaman sekarang. Whatever, kesan dalam filem ini agak baik dan memberi fokus yang amat baik kepada remaja yang terlibat. Wallahualam.. yang baik jadieqkan ikhtibar dan yg buruk itu jadieqlah sempadan.

+Long Time No See+

August 4, 2006

Assalamualaikum

Posted 1,
Dah lama ghasenyer x meng’update’ blog aku nie. Bermula aku pegi honeymoon ke Pulau Pangkor, Perak selama 2 hari 1 malam. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. So, sesapa nak tgk gamba aku ke Pulau Pangkor tue, bolehlah melawat fp aku dialamat http://shiemz.fotopages.com. Sesampai di Sri Manjung, Along aku datang ambek aku ngan hubby dalam kul 11 malam (280706). Then derang bawak aku ngan hubby gi makan tepi laut. Boley tahan sedap gak la bersesuaian ngan perut kitaorang yang ngah lapa tue. So, malam tue kitaorang bermalam dirumah along dulu. Keesokan pagi baru kitaorang bertolak ke Pulau Pangkor. Aku ghase takat nie yg aku leh nak citer pun coz, cukup la stakat gambar yang boley menceritakan segalanya.

Posted 2,
Minggu lepas ade ‘Mega Sale’ di Court Mammonth. Aku ngan hubby memulanyer saje nak berjalan servuy barang antaranya peti ais, tv dan mesin basuh. Maklum la kitaorang plan after Aidilfitri nak berpindah ke rumah sewa. Tak sangka lak ade ‘sale’ kat Court Mammoth Setapak tue. Dengan harga yang berpatutan dan barang pun agak bagus gak. Kita orang pun bat keputusan ambek barang² tersebut. Antaranya:

* Peti Ais berharga dalam lingkungan RM900++
* Mesin Basuh 7kilo berharga RM800++
* TV 29″ berharga RM799
(Semuanya berjenama Samsung)

Barang² tue aku ngan hubby beli cash untuk mengelakkan dari dikenakan bunga (interest). Alhamdulillah, ketiga² barang tue dah ade kat umah FIL aku. Ahaks… bertambah bersepah la umah tue ngan barang aku ngan hubby. Ngan hadiah dari rakan taulan mase weeding hari tue yg masih tersimpan rapi. Insyallah, nanti bila dah pindah barang² tersebut kami akan bawak bersama dan akan digunakan sebaik mungkin (memang kena pkai pun). MIL aku ade mintak dapur gas yang kitaorang dapat mase weeding hari tue. Kitaorang dapat 2 dapur gas tue. Tapi MIL x cakap ngan aku tapi ngan hubby aku. Whatever pun, aku x leh nak bagi coz semua tue pemberian dari kengkawan aku. (Jahat tak aku…lantak lah!)Thehehhehe…. Whatever, keputusan untuk pindah memang aku pegang sampai bila² dan aku kalu leh tak nak dok umah FIL aku. Insyallah……..


Wallahualam…

+16 weeks+

August 4, 2006


Five and a half inches tall and only six ounces in weight. The child can grasp with his hands, kick, or even somersault.

You are 16 weeks pregnant.

Dates and numbers:
There are 166 days until your due date on January 18, 2007.
You are 114 days pregnant.
You are 3.7 months pregnant.
You are in your 4th month of pregnancy. (huh?)
Your 1st trimester: April 13, 2006 to July 12, 2006. (0 – 12 weeks)
Your 2nd trimester: July 13, 2006 to October 25, 2006. (13 – 27 weeks)
Your 3rd trimester: October 26, 2006 to January 18, 2007. (28 – 40 weeks)

Photobucket - Video and Image Hosting
Hello!

This is the week you may just feel the very first fluttery movements… don’t worry if you don’t though. It’s more common for ‘quickening’ (as these first sensations are called) to happen later.

Your baby now has finger nails and toe nails, eyebrows and eyelashes

The hair that will cover your baby until the last week or so of pregnancy – called lanugo – starts to form. This hair is very fine, more like down, and it probably serves as some form of insulation and protection for the skin.

By now you will be visibly pregnant.

You may feel your heart beating ‘louder’. This is because there is a lot more blood in your body than normal. (about 20-25% more)