+Rest in Peace+

Posted 1,
Photobucket - Video and Image Hosting 090906/100906 (Sab/Ahad) – 2 Hari nie proses memunggah barang² kepunyaan aku termasuklah hadiah² mase kawen, baju dll dan kemudian aku packing masuk ke dalam beg. Aku ngan hubby agak bz gak time nie, ulang alik dr S r i G o m b a k ke Gombak. Hantar barang yg remeh temeh.. Watever, agak penat gak even barang kecik² tue.. Tapi brg² yg kecik tue yg penuh dalam bilik aku.. Terutamanya hadiah² mase kawen ghitu. Boley dikatakan separuh dr bilik stor umah aku penuh ngan brg kawen aku jerk.. Setengah tue aku dah buka dan gunakan… So, kurang sket semak dlm bilik tue.
Even aku nie ngah peknen, semangat nak pindah tue tetap membara . Tak kesah penat sket. Ulang alik naik turun tangga. Hes hes hes… exercise! Mengah gak dibuatnya.. watever, baby ummi kuat sehat dan cergas!! huh!

Photobucket - Video and Image Hosting 110609 (Isnin) – Ingat balik semalam nak tido umah MIL. Sebab hari Ahad aku ngan hubby dah test tdo di rumah sewa. nak ambek hati MIL, aku ngan hubby plan nak selang seli balik umah la.. Sekali, semalam hubby aku terlebih ghajin lak. Hubby kemas semua barang dalam bilik, termasuk la katil dan almari telah dicabut screw utk diasingkan. Ya Allah, keputusan yg dier utk berpindah pada malam tadi amat memeranjatkandan agak menggembirkan aku. Watever, aku terpaksa turutkan saja kehendak hati dier. Mujurlah lori kepunyaan abg sepupunya ada malam tadi. Dengan hujan yg agak lebat, mulai reda.. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. MIL aku apentah lagik.. mengucap jer memanjang melihat kerenah hubby aku. Hes hes hes… Aku hanya duduk jer di kerusi sambil menonton tV dan sekali sekala aku membantu hubby aku. Dengan keadaan aku yg tidak berapa sihat (flu), aku gagahkan jugak. Mengemas ape yg patut.
Habis diteponnya kengkawan dier utk membantu dier mengangkat brg² ke atas lori dan van Sehingga barang² tue sampai ke dalam rumah sewa aku. Nasib baik ramai kengkawannya membantu(jep,din,karno,mahat) termasuk la adik² ipar aku dan jugak MIL aku jugak turut membantu (hes..hes..hes..bantu membebel).. Tak terbalas budi kalian . Insyallah, kalu xde aral melintang aku nak bat gak makan² kat umah tue then nak ajak derang datang lepak kat umah nie….

Photobucket - Video and Image Hosting 120906 (Selasa) – Herm…. sebelum nie dalam posting aku ade bgtau yg mana aku dapat 2 dapur gas. Dan MIL aku penah mintak kat hubby. Dan aku ade bgtau hubby yg aku x nak bg coz that’s may present.. hadiah dari kengkawan amat berharga bagik aku. Tapi setelah aku kol mama tempoh hari… mama aku nasihatkan aku, supaya bagik gak… Herm..redha jer la. Nak bat camne, namapun mIL. Tapi x pun cakap tima kasih bila aku bagik tue. Watever, x kesah la.. aku dah bagik dah pun… Even terselit gak rasa x puas hati dalam diri nie. Janji aku dah pindah umah, aku dah ghase hepi sket… Ghase aman dalam diri aku.. Mulakan kehidupan dengan penuh kesabaran. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku ngan hubby. berikanlah ketenangan yg kami cari disamping kami sentiasa mencuba mencari keredhaanmu… InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: