+16 Hari Berpuasa+

Assalamualaikum

Posted 1,
Alhamdulillah, hari nie cukup 16 hari kiter berpuasa. Dalam selama nie aku puasa penuh. Syukran jazilan Ya Allah sebab memberi kekuatan dan kesabaran kepada aku yg ngah berbadan dua nie. Tak terasa pun kepenatan dan keletihan berpuasa. Cuma terawih jer la kekadang pegi kekadang idak. Maklum la, kalu perut nie terasa cekang. Jawabnya dok keseorangan kat umah jer la. Skarang nie nak berdiri solat terawih pun terasa mengigil kepala lutut nie. Nak solat duduk, terasa malu plak. Aku gagahkan jugak sebab tak nak ghasa rugi ketinggalan solat terawih nie. Maklum la, Ramadhan menjelang setahun sekali. Ntah hayat nie masih panjang atau tak. Wallahualam.. hanya Allah yg tahu… Anyway, all the best to me.. Semoga tahun nie cukup la puasa. Bukan senang nak qada’ puasa plak.. Tahun depan dah ade baby plak. Batnya kerenah ‘si kecik’ tue mengganas di bulan posa. hes hes hes… InsyaAllah… baby mama baik kan.. anak soleh… dan dier pham keadaan mama dier yg berkerja nie. Takkan banyak kerenah…

Posted 2,
Semalam bukak posa kat kampung baru nama restaurant tue ‘Lala Seafood’. Mang sedap. Tapi tak plak aku ambek gamba. Sebab time tue perut nie terasa lapa sangat². Aku ngan hubby serta 2 orang kawan kitaorang berbuka bersama. Sebab jarang bukak posa di luar. Tapi lauk² kat restoran tue mang sedap. Antara menu yg kitaorang order ikan bawal masak stim, ikan masak 3 rasa, sayur kankung, udang goreng, ayam dibungkus ngan daun palas, sambal belacan + ulam dan air kesukaan memasing (air tembikai +tembikai laici + air teh o ais + teh ais + epal juice). Totally, RM 101.00. Kenyang dan berbaloi.. Mang menyelerakan aku. tambah² hubby aku tue. even aku nie berselera tapi xdelah berselera sangat. Makan sket dah terasa ‘sengkak’ perut nie. Selesai makan, nak berjalan pun mcm bawak mak buyong mengandung 8 bulan. Punyalah berat sangat perut nie. Hanya Allah yg tahu..
Balik umah pun bukan berehat pun. Mandi then aku sibuk plak bat agar² fruitcoaktail. Sedap…. Hari nie plan nak berbuka di rumah mentua. So, takkan tangan kosong jer kan. Ambek hati mak mentua oi… Akukan menantu kesayangan… kes kes kes…. Esok lak, plan bukak posa umah member aku kat Kota Damansara. Tak tahu la ape resepi dier utk hidangan aku ngan hubby. Mase member aku berbuka di rumah aku. Banyak gak hidangan yg aku bat antaranya ayam masak lemak cili api, sotong masak merah, begedil, sambal belacan + timun dan ayaq yg derang beli air kelapa.. Then setelah selesai makan aku jamu dessert lak.. hes hes hes… sedap… puding fruitcoaktail. Sebab aku rindukan masakan mama aku. So terpaksalah aku bat sendirik.

Posted 3,

pregnancy calendar
Babies sleep in the uterus, and have some periods of intense activity in-between.

Your baby now shows an extremely rapid brain growth (which lasts until five years after birth).

The ovaries of female fetuses contain primitive egg cells, all of the eggs a woman will have for her entire life. The uterus of female fetuses is also fully formed.

Hari nie aku gi check up kat Klinik ibu bersalin DBKL. Hubby aku hantar aku ke sana tapi dier x dapat nak temankan aku coz ade kerja yg nak diselesaikan dgn segera. So terpaksalah berdikari. Balik naik teksi lak tuh.. kena Rm2.40. hes hes hes… Hari nie xde ape sangat yg doktor check.. just air kencing, tekanan darah, tinggi rahim.. semuanya ok. Just berat aku jerk yg kureng. Doktor cakap sepatutnya berat aku naik 1 kg utk 23 weeks nie. Tapi 0.5 jerk… Doktor kata kenapa.. Manalah aku tahu… maybe aku x kuat makan ditambah lak puasa nie kan.. Mana nak kuat makan. Lagipun makan sket pun, dah terasa kenyang sangat. Tak leh makan banyak²… watever, doktor cakap next week aku akan kena cucuk ‘kancing gigi’. Erk……

shiem:Malam ke 17 Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

4 Responses to “+16 Hari Berpuasa+”

  1. zz Says:

    oo.kat dbkl punyer hang check erk..

  2. Admin Says:

    A’ahh, senang dekat ngan opis. Then x ghamai orang. Tak yah beratur²..😀

  3. zz Says:

    tp klinik tu area maner..dekat ngan hkl ker

  4. Admin Says:

    bukan, klinik dekat ngan pintu gerbang Kg Bharu. Dekat dgn bangunan Bank industri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: