+Penjagaan Ibu & Bayi+

pregnancy week by week

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG

Bermakna makanan yang kita makan atau sediakan mengandungi kesemua zat dengan jumlah yang di perlukan oleh badan. Zat-zat dalam makanan terdiri daripada :

a. Protein
Berfungsi untuk membina, membaiki tisu-tisu badan dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b. Kabohidrat
Berfungsi untuk memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c. Lemak
Bertugas untuk memanaskan badan dan juga menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan
seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d. Vitamin
Berfungsi untuk menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e. Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang,
dan makanan laut.

Makanan Untuk Ibu Hamil

SUSU – 2 atau 3 gelas setiap hari atau gantikan dengan susu kacang soya atau dadih jika tidak gemar susu lembu
NASI/ROTI – 5 hidangan sehari
PROTEIN – Iaitu daging, ikan, kerang, organ lembu. 2 hidangan sehari dan boleh diganti dengan kekacang, tauhu, tempe
TELUR – 1 biji sehari atau 5 – 6 biji seminggu
SAYUR-SAYURAN – 2 hidangan sehari
BUAH-BUAHAN – 2 hidangan sehari
AIR – Tidak kurang 8 gelas sehari

4 Responses to “+Penjagaan Ibu & Bayi+”

  1. zz Says:

    bagus nih..tang air tu …8 gelas sehariii…ntah ckup ntah idak..aku x kira..hahahaha…

  2. Admin Says:

    MiNum JerK… BanyakkaN MiNum AyaQ. InsYaAllaH…😀

  3. zz Says:

    tu laa…kang asyik ke toilet jer..tp aper leh wat..tu yg baik..ahakkk…telan je laaahhh

  4. Admin Says:

    Yg Aku pham la…kalu ghajin minum air, tambahkan air dlm badan disamping air ketuban… tapi wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: