112468045437325321

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)

MATRADE adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa &Industri (MITI)yang berperanan menjadikan Malaysia sebagai Negara pengeksport utama di samping membangun dan mempromosikan eksport Malaysia ke seluruh dunia.

Warganegara Malaysia yang bermotivasi tinggi,dinamik dan bersedia untuk menghadapi cabaran adalah dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

A.JAWATAN

1.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI,GRED E27

GAJI P1T1 RM963.64 -P1T26 RM2,421.69

Syarat-syarat :-

a.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;ATAU

b.Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 :P1T5);ATAU

c.Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 :P1T6);DAN

d.Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab membantu menguruskan aktiviti-aktiviti promosi perdagangan yang telah ditetapkan mengikut fungsi MATRADE serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan di MATRADE.

2.PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN),GRED N17

GAJI P1T1 RM656.30 -P1T24 RM1,721.10

Syarat-syarat :-

a.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m.daripada
rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 20 p.s.m.dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 :P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer);ATAU

b.Diploma Kesetiausahaan daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 :P1T9);DAN

c.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab sebagai pembantu peribadi kepada Pengarah Bahagian dengan membantu urusan rasmi harian seperti penyediaan laporan,temujanji,panggilan telefon dan lain-lain yang berkaitan.

3.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN,GRED N17

GAJI P1T1 RM656.30 -P1T24 RM1,721.10

Syarat-syarat :-

a.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;DAN

b.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab dalam mengendalikan panggilan telefon dengan cekap dan berkesan serta memberi penerangan berhubung fungsi MATRADE kepada pelanggan/tetamu yang berurusan dengan MATRADE secara komprehensif dan berkesan.

4.PEMBANTU AM RENDAH,GRED N1

GAJI P1T1 RM480.85 -P1T22 RM1,116.10

Syarat-syarat :-

a.Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;DAN

b.Boleh bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 :P1T2).

Diskripsi Tugas :-

Bertanggungjawab dalam membuat urusan-urusan pejabat seperti penghantaran surat menyurat/dokumen-dokumen,membuat fotokopi,menguruskan bilik-bilik mesyuarat dan lain-lain yang berkenaan.

B.SYARAT-SYARAT LAIN

1.Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik serta kepujian dalam subjek tersebut.

2.Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komputer.

C.TARAF JAWATAN :Tetap

D.TEMPOH PERCUBAAN

Semua calon-calon yang dilantik sama ada secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

E.UMUR :

1.Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

F.KEMUDAHAN DAN ELAUN :

1.Calon yang dilantik adalah layak menerima berbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

a.Elaun Tetap :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam Imbuhan Tetap Perumahan

Gred E27 :RM115.00 Gred E27 -N1 :RM180.00

Gred N17 :RM80.00

Gred N1 :RM65.00

b.Cuti Rehat Tahunan :-

Gred E27 :25 hari

Gred N17-N1 :20 hari

c.Rawatan Perubatan :

Rawatan perubatan di Hospital Kerajaan dan juga panel-panel klinik yang dilantik oleh
MATRADE untuk pegawai,isteri/suami,anak-anak dan ibubapa pegawai.

d.Pinjaman :

• Perumahan

• Kenderaan

• Komputer

(*Semua kemudahan dan elaun tertakluk kepada peraturan-peraturan
Kerajaan/MATRADE yang berkuatkuasa dari masa ke semasa)

G.CARA MEMOHON

1.Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan MATRADE yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat MATRADE sebagaimana alamat di para H
atau boleh dimuat turun dari laman web MATRADE di www.matrade.gov.my

2.Semua permohonan hendaklah menyertakan salinan Resume/Diploma/Sijil-Sijil/Surat Beranak yang telah disahkan.

3.Semua permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

4.Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2004 atau yang terkini.

H.ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Tingkat 7,Wisma Sime Darby

Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur

(U.P :Unit Perjawatan)

Tarikh tutup permohonan :26 Ogos 2005

I.CATATAN AM

1.Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya.

2.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan/atau temuduga.

3.Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan

Leave a comment